Assalamualaikum,
...Banyak yang aku boleh ceritakan tentang kehidupan dalam Polis Dan Tentera ni...maklumlah 13 Tahun service dalam TLDM...pastu sekarang join PDRM pulak...mungkin nampak simple jer kan...tapi nak cerita dari time aku masuk Navy tahun 1988..pastu berhenti tahun 2001....10 tahun lepas tu pulak baru join badan beruniform balik...boleh imagine la banyak mana cerita dia..so aku cerita sikit2 jer lah yer...setakat yang mampu..
..Apa yang boleh nak di katakan kalau nak di bandingkan keadaan kerja dalam Tentera dengan Polis....hmmm aku dulu dalam Tentera kerja sebagai Teknisyen Helikopter...kebanyakan masa kerja aku habis kat Hanger jer lah...maintain Heli tu...so mungkin orang akan kata atau orang bayangkan kerja Navy ni belayar jer pastu kerja sebagai Angkatan Tentera ni mesti banyak pegang senjata lah..tembak sana tembak sini...selalunya macam tu lah tanggapan orang..tapi hakikatnya bukan semua...bergantung pada unit masing2...support team pun perlu jugak kan..kalau support tak ada macmana front line nak berjuang...
so basically aku ni Tentera yang lebih banyak pegang spanar & screw driver dari pegang senjata..tapi always proud dengan setiap sumbangan yang aku mampu beri untuk memantapkan lagi unit aku ni..setiap orang ada sumbangan nya masing2...tapi at the end visi nya tetap sama ..untuk memastikan Negara Malaysia Tercinta ni selamat dari ancaman anasir2 dari luar dan supaya semua rakyat dapat hidup dengan aman dan melakukan aktiviti harian tanpa rasa takut dan risau...
..Bila aku join Polis ni...aku rasa memang ada perbezaan yang ketara antara Polis Dan Tentera...dalam Tentera dulu ancaman luar tu tak memudaratkan sangat..so lebih banyak training la yang di buat..preparation kalau2 ( minta2 jangan )..negara di cerobohi dari luar..tapi dalam Polis ni ancaman datang dari dalam...macam2 pulak tu...jenayah merata2...segala mak nenek jenayah....Dulu masa tengok Polis buat roadblock kadang2 boring juga kena pulak time road tax tak renew lagi..sampai ada sekali tu terpaksa tunggu sampai pukul 2 pagi baru boleh balik rumah sebab nak tunggu polis buat road block tu bersurai..menyumpah juga lah dalam hati...tapi bila dah berada dalam Polis ni baru faham apa tujuan sebenarnya....betul lah kata orang kalau kita tak duduk dalam situasi tu kita tak akan nampak kebenarannya...mulalah nak buat spekulasi tersendiri...bila dah berada di dalam baru nak faham...dan aku proud to say yang aku ialah seorang anggota Polis..
..Kalau ada seorang dua Polis yang buat hal..tapi itu tak melambangkan ke semua anggota Polis yang bersumpah untuk menjaga ketenteraman awam semasa mula2 nak menjadi anggota Polis dahulu...biasalah dalam mana2 organisasi pasti ada ' kambing hitam nya '...tapi itu tak bermakna seluruh organisasi itu hitam...yang penting kita kena percaya tugas anggota polis ialah untuk memastikan keselamatan di dalam negara Malaysia ini...Walaupun banyak tohmahan yang di terima anggota Polis tetap juga bertugas tak kira siang atau malam...panas atau sejuk...yang penting kita perlu faham yang anggota polis juga adalah manusia biasa yang mempunyai keluarga yang kadangkala terpaksa di tinggalkan...yang juga punya nafsu dan perasaan...makan ..minum..perasaan suka..gembira..sedih..marah....yang selalunya kami ketepikan perasaan ini demi memberi perkhidmatan kepada masyarakat..sebab inilah kerja kami...Polis Sedia Berkhidmad..!!
24 comments:
kemah demo..terbaik
Apa syarat nk tukar uniform
Camner nak tukar dari tentera ke polis dan syaratnya?
Assalam..cmne sy nk thu syarat tkr kerjaya tntera ke polis..
Assalamualaikum...kwan2 bole x terangkan mcm mne prosedur tentera ke polis...mntak tlong segera ape keperluanya?sye anggota KKD
Assalamualaikum kwan2 mohon penjelasan segera ape prosedur tentera ke polis,sye anggota KKD.MOHON PENJELASAN DAN KEPERLUANYA
Saya navy . Cmne nk tukar uniform polis . Rase mcm takleh go la navy ni . Tq
Sya pon nk tukar askar ke polis tapi tak tahu cara nya tolong la encik2 yang tahu bab pertukaran ni
Kena berenti tentera dulu Bo's, 13 tahun atau sbgnya . . . Selepas tu, mohon sama mcm org awam lain. Tapi hilarious dah dapat, boleh mohon utk penetapan gaji permulaan yg kebih tinggi. . Jangankan polis, jabatan lain Pon boleh join, , cthnya imigresen, jpj, kastam and so on. . . Cuma utk kopral kebawah, gred tu 19 la, , back to basic, , tapi bila berenti tu lebih drpd 13tahun, pasti pangkat sarjan keatas la Kan . . . So gred jawatan TU dah 29 utk sarjan Dan 41 utk pegawai waran (Ni baca Kat syarat kelayakan d portal spa) . . gaji sahaja boleh pohon utk kembalikan ke gaji asal which is depend on relevan nya tugas tu. . , , Mcm tu. . . Semoga bermanafaat.
So, TT, , gaji permulaan tuan macamana ditetapkan?
Then cmna klu kita ni tentera dh berhenti 13tahun n ada kelulusan diploma, so confirm2 wktu berhenti tu masih kopral ke bawah. Then klu masuk sektor awam ni tngga gaji ikut kelulusan juga kan?
Kalo berhenti sebelum ttp contohnya dh service 8 tahun pastu nk tukar baju ble x..?
Salam incas, Sekarang boleh lagi ke tukar jadi polis? Saya juga dari tldm masih lg berkhidmat baru memasuki tahun ke 7
assalammualaikum, saya nak tnya klau dalam masih perkhidmatan dan mempunyai 2 tahun baki sebelum menamatkan perkhidmatan 13 tahun seeloknya minimum bulan untuk kita mohon untuk memasuki penjawat awam, contoh imergresen dll? kedua adakah selepas ttp 13 tahun anggota akn terus diserap masuk jabatan yg dipilih dengan melalui latihan asas sesebuah jabatan?
assalammualaikum, saya nak tnya klau dalam masih perkhidmatan dan mempunyai 2 tahun baki sebelum menamatkan perkhidmatan 13 tahun seeloknya minimum bulan untuk kita mohon untuk memasuki penjawat awam, contoh imergresen dll? kedua adakah selepas ttp 13 tahun anggota akn terus diserap masuk jabatan yg dipilih dengan melalui latihan asas sesebuah jabatan?
Intake 208 / 209 la ni kan ? Haha. Same goes. Nak tukar baju jugak. Tak larat dah nak layan. Tahun ni baru tahun ke 6. ��
Assalamualaikum.. sy nk tnya sy masih lg dlm perkhidmatan.. TTP pd 2026.. boleh kah kita nk tukar lantik.. sbb sy dpt tawaran ke gred 41 imigresen & lt muda maritim.. dengar cerita boleh tukar sbb ke gred yg lagi tinggi.. mohon penjelasan.. sbb sy nk sgt kerana faktor gaji
Sy dalam proses tukar khidmat.. service 7 tahun
Mcm mna cra tukar tu? Blh terankgkn tak?
Boleh kaa tukar service kalau ta abis ttp
pakai degree ke utk kelayakan gred 41 ?
Nk tnya klw nk mohon tukar tentera ke polis mcm mne ye
Kau msk KKM lah klu KKD hahaha
Post a Comment