Assalamualaikum,
Aku rasa Peluang Ke 2 ku boleh di katakan bermula tahun lepas...pada tanggal 17 Januari 2011 bila aku melangkah meninggalkan keluarga ku untuk mengubah keadaan kehidupan kami yang sangat daif dan terhina...aku korban kan perasaan ini demi untuk mempunyai suatu pekerjaan yang tetap setelah sekian lama kehidupan kami sekeluarga tunggang - langgang kerana aku tak mempunyai pekerjaan yang tetap selepas berhenti dari tentera pada tahun 2001..akan ku cerita kan kemudian apa yang aku buat sepanjang tempoh 10 tahun kehidupan ku sehingga lah kini aku beroleh pekerjaan baru yang kali ini ku rasa pekerjaan terakhir ku...akan berazam untuk terus tetap dalam pekerjaan ini sehingga aku pencen...
Aku sangat bersyukur pada Allah kerana memberi rezeki ini pada ku...aku tak tahu apa akan jadi pada ku andai kata aku masih belum mempunyai pekerjaan tetap lagi hari ini...mungkin aku akan kehilangan segala-galanya...keluarga yang aku sayangi...kawan2 ku..entah lah..! Tapi yang pasti aku kini telah masuk bekerja kembali dengan Kerajaan...kalau nak di kesalkan apa yang berlaku tidak ada gunanya lagi tetapi kalau boleh di undurkan masa pasti aku tidak akan berhenti dari tentera dahulu dan sekarang ni aku pasti sudah memiliki pencen ..
Kini aku terpaksa bermula kembali dari bawah di dalam perkhidmatan baru ini..tapi itu tidak akan melemahkan lagi semangatku..kerana aku yakin dengan pekerjaan ini aku dapat mengubah kehidupan keluarga aku menjadi lebih sempurna...Bersyukur kepadaMU Ya Allah..dan terima kasih PDRM...aku benar2 rasa seperti ..mati hidup semula...
No comments:
Post a Comment