Assalamualaikum,
..Bantuan Rakyat 1 Malaysia mula di bayar kepada mereka2 yang layak bermula pada 15hb Januari 2012 seperti di janjikan...tetapi di Kedah ni pembayaran bermula pada 16hb Januari 2012 kerana kelmarin adalah hari cuti umum di Kedah sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Kedah....
Di Langkawi ni pembayaran di buat di Dewan Pandak Mayah , SMK Mahsuri di Kuah...ada 2 sessi....pagi dan petang...Tengahari tu pukul 1 - 2 rehat...Majlis ini di sempurnakan oleh Y. B. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib ( Parlimen Langkawi ) & Y. B. Dato' IR. Haji Nawawi Bin Haji Ahmad ( DUN Kuah )....pada sessi pagi di anggarkan seramai 1000 orang hadir sebagai penerima bantuan ini dan di sebelah petangnya pula seramai 900 orang...
...Penerima2 sebelum itu telah menerima surat yang di hantar ke alamat masing2 untuk datang ke SMK Mahsuri ini bagi menerima bantuan sebanyak RM 500 itu...di situ mereka perlu mendaftarkan nama mereka dengan membawa bersama kad pengenalan dan surat tersebut...selepas pengesahan di buat mereka akan di beri baucer untuk di tukarkan di bank2 yang terpilih ( Maybank , CIMB & BSN )....baucer itu laku sehingga 15hb Mac 2012...jadi penukaran boleh di lakukan bila2 masa sebelum tarikh 15hb Mac 2012 tersebut...
...tetapi untuk hari pertama ini pihak Maybank Langkawi telah hadir bersama di Dewan Pandak Mayah ini untuk terus memberi wang tunai kepada penerima2...jadi untuk 16hb Januari 2012 ini kebanyakan penerima telah pun menunaikan baucer mereka di sini...jasa baik pihak Maybank Langkawi sangat2 di hargai terutama kepada kakitangan bank yang sudi bekerja walaupun pada hari itu adalah hari cuti bagi menggantikan hari cuti umum ( Keputeraan Sultan Kedah ) yang jatuh pada hari Ahad...dan pada keesokan harinya mereka akan ke SMK Kedawang pula untuk majlis yang sama...
..semoga dengan bantuan RM 500 ini penerima2 dapat menggunakannya dengan penuh berhemah...mungkin untuk membeli keperluan harian...atau mungkin ada yang menambahkan simpanan...apa2pun marilah kita sama2 bersyukur atas rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita ini...kekalkanlah keamanan di Malaysia ini supaya kita semua dapat merasai kenikmatannya...hidup dalam keadaan tenang dan gembira...bukan di dalam ketakutan dan kebimbangan...Insya Allah..!!!
No comments:
Post a Comment