Assalamualaikum,
...seperti yang di janjikan ni aku post aktiviti aku bawa family aku jalan2 masa cuti ni...bukan jalan jauh mana pun...masih kat dalam Pulau Langkawi ni juga cumanya tempat ni agak jauh dari Kuah....nun kat Teluk Datai tu...pantai ni satu alternatif lain bagi penduduk Langkawi yang nak bawa family berkelah sambil mandi laut selain dari pergi kat Pantai Cenang tu...crowded kat sana tu lagipun 'ikan duyung' banyak...bersepah tepi pantai...tak sesuai nak bawa anak2...
..so kat sini..Pantai Pasir Tengkorak ni pantai pun okay...pengunjung pun so-so jer....relax sikit suasana...puas anak2 aku mandi..aku pantau kot tepi jer lah...malas nak mandi...relax2 sambil makan sandwich & dengar lagu...aku post sikit kat sini gambar pemandangan pantai ni...
..ni aku nak story sikit...tahu tak macamana pantai ni dapat nama Pantai Pasir Tengkorak....macam2 mitos dan lagenda lah...nanti aku letak gambar kat bawah tu korang baca lah sendiri tapi yang aku nak bagitau tentang fakta ni...dari pantai ni kita boleh nampak satu pulau kat depan tu...macam ni..
...pulau ni nama dia Pulau Tarutao....tapi pulau ni bukan hak Malaysia tapi kepunyaan negara jiran Thailand ( Siam )...jaraknya dari pulau ni lebih kurang 5km saja....Pulau Tarutao ni dulunya pada sekitar penghujung tahun 1930an kerajaan Siam jadikan ia sebagai tempat penjara bagi pesalah2 politik dan lain2...tempat ni strategik kerana pada masa tu laut di sekitar pulau tu di penuhi dengan ikan jerung dan buaya so susah la bagi pesalah2 tu nak lari....tapi semasa Jepun menyerang Asia Tenggara bekalan makanan ke pulau ni terputus jadi pihak warden & pesalah terpaksa bergabung dan menjadi lanun dan menyerang kapal2 yang lalu di sekitar kawasan tu...krew2 kapal yang di bunuh di buang ke laut dan banyak mayat2 yang tersadai di pantai ni sehingga menjadi tengkorak..dari situ lah nama pantai ini di beri....aktiviti lanun di di banteras selepas Jepun kalah dan pihak British kembali di kawasan ini...nak tahu cerita sepenuhnya boleh baca buku " Pirates Of Tarutao " karangan Paul Adirex...cari la kat kedai2 buku yang besar tu...mesti ada punya....scary kan...
...so berbalik kepada kawasan perkelahan kat sini...kalau sesiapa berminat nak sewa chalet kat sini pun boleh..RM 50 semalam tapi cuma ada 4 unit saja...
..tempat mandi air tawar pun ada tapi kena bayar la...rm 1..he..he..
..ni pula gambar persekitaran kawasan ni...
...ni entrance dia...
...last sekali ni gambar parking dia...okay lah luas lah jugak...
...so jangan lupa berkunjung ke pantai ni bila datang ke Langkawi nanti...sambil2 menikmati keindahan alam boleh juga menghayati kesan sejarah kat sini....cumanya aku tertanya 2 mana perginya jerung2 dan buaya2 yang dulu banyak kat laut sekitar sini....?..aku tak tahu apa jadi kat jerung2 tu tapi yang buaya tu...ni teori aku jer lah...agaknya depa ni dah pindah ke Taman Buaya Langkawi kot....calosssssss!!!!
No comments:
Post a Comment