Tuesday, 31 January 2012

..Happy Birthday Luqman...

Assalamualaikum,
..Selamat ulangtahun ke 14 wahai anakku Aidiel Luqman...fuhh macam orang zaman dulu punya wish...!!!...Tahun lepas birthday anak aku yang no 2 ni tak berapa sempurna sebab aku tak ada bersama keluarga aku time tu sebab sedang training kat Maktab KKB....aku boleh wish kot jauh la masa tu...nak buat macamana kan terpaksa berkorban untuk menjamin kehidupan yang lebih bermakna sedikit...

..Tapi tahun ni dan InsyaAllah tahun2 yang akan datang ni kita sambut sama2 ya Luqman..!..Luqman , Abah nak bagitau ni..setiap anak abah ada keistimewaan yang tersendiri...masing2 dengan perangai masing2 lah...mungkin Luqman tak ingat masa Luqman kecil2 dulu Abah & Umie simpan rambut Luqman panjang boleh kata sama tinggi dengan Luqman dah cumanya rambut Luqman 'curl'...so tak nampak la panjangnya tapi kalau tarik ke bawah....panjaaannnnnggggg...!!!

Luqman tak banyak kerenah sangat masa kecil2 dulu...good boy....'cute' of course la...dah besar sikit ni banyak pula ' blackhead ' ya..!...macam Abah la jugak dulu....Abah lagi teruk...jerawat batu terus !!!!...tapi Abah tengok Luqman campur perangai Abah & Umie ni sama balance....hothead macam Abah tapi reasonable macam Umie...cepat panas tapi cepat sejuk macam Abah...senang bertolak ansur ....pandai tapi tak mau tunjuk..cool...malas tu hmmm...ada juga lah...tapi Abah bagi peluang lagi...Luqman ada banyak masa nak belajar lagi tentang kehidupan ini...semoga Allah memelihara dan membimbing Luqman dalam menempuh kehidupan di dunia sementara ini...ingat ya...apapun yang kita buat di dunia ini kita jangan lari dari mengingati Allah S.W.T...kerana DIA lah sahaja yang layak kita sembah dan DIA lah sahaja pendinding yang kita perlukan...

..Abah berharap semoga dari sehari ke sehari Luqman akan menjadi insan yang baik dan berguna ...tahu tentang maksud hidup ini dan jangan terlampau khayal dengan muslihat kehidupan di dunia ini...semoga Luqman sihat dan sejahtera selalu dan ingat dari Luqman lahir sehingga lah sekarang dan sampai bila2 Abah tetap menyayangi Luqman...jangan lupa itu..!!!...and please enjoy your Casio Watch...take good care of it...
 Happy 14th Birthday again....

No comments: