Assalamualaikum,
...macamana hari ni terpanggil nak cakap tentang dadah ni....idea datang masa dengar khutbah Jumaat tadi...khutbah cerita tentang penyalahgunaan dadah ni...khutbah tu bagitau 63% yang terlibat adalah orang Melayu...wow..!!..Orang Melayu pecah rekod lagi...hebat orang2 Melayu ni...hebat cara negatif...apa punca sebenarnya ni ya...Peperangan menentang najis dadah ni dah berkurun2 lamanya...tak habis2...boleh control jer lah...Undang2 kat Malaysia ni mandatori gantung sampai mati pada pengedar pun macam tak ada kesan saja...pengedar2 ni masih tak takut..teori aku punca dia hanya kerana Wang..Duit...Fulus...busines dadah ni dapat banyak duit...manusia lupa daratan bila duit banyak...tak kira apa akibatnya janji boleh dapat duit banyak...kena gantung pun tak takut...duit dah tutup mata...tapi kalau dah kena tangkap...mana nilai duit tu..?
Satu lagi masalah kenapa pengedar2 ni masih lagi jual..?...Sebab ada permintaan lah...kaki2 menagih ni la punca...yang ada duit boleh la beli terus...yang tak ada duit ?..dah mula la buat jenayah lain pula...mencuri..merompak...samun...ntah apa2 lagi lah...janji dapat duit nak hisap dadah....kenapa nak terjebak dengan benda najis ni..?...khutbah tu bagitau lebih kurang 40% punca terjebak ni kerana pengaruh kawan2...dah satu penyakit lagi...sistem sosial pulak dah...kalau tak bagi bersosial macamana nak ada kawan...takkan nak jadi kera sumbang...macamana nak pantau ni ya..!!!...
Satu cara yang terbaik ialah menjaga institiusi kekeluargaan tu sendiri...ibu bapa kena baik dengan anak2 ( kata kat aku sendiri )...pantau pergerakan....tapi jangan kongkong sangat..nanti memberontak pula...bagaikan menarik benang dalam tepung lah...memang susah kan ...apa pun kena jaga hubungan dengan Pencipta kita..kerana Dia lah Yang Maha Memelihara...banyakkan berdoa supaya kita & keluarga dilindungi dari terjebak dengan ' benda tak guna ni '...
Dari segi ugama sendiri najis dadah ni hukumnya haram..saya ulangi Haram!!!...banyak la nas yang aku dengar khatib baca tadi...( tu tandanya aku tak tidur time khutbah )...jadi tak kira lah..menagih ka..mengedar ka..apa saja yang sangkut paut dengan dadah dah kira buat dosa tu..tapi macamana nak bagi golongan ni insaf...yang mengedar lupa dosa kerana Duit...yang menagih lupa dosa kerana Khayal..langsung tak ingat apa2 lagi dah...berapa banyak duit kerajaan dah habis pasal gejala dadah ni..nak buat Pusat Serenti lah..nak bagi makan,minum depa lagi...tu tak termasuk nak bayar gaji Polis lagi tu...hari2 nak kena tangkap penagih..pengedar dan mangkuk2 yang sewaktu dengannya...
Perang terhadap dadah ni tak tau sampai bila nak berakhir..mungkin sampai kiamat kot...apa yang kita mampu lakukan sekarang hanyalah menjaga keluarga kita masing2 dari tejebak sama dalam penyakit ni..kalau tak habis pun tapi mungkin dapat di kurangkan jumlahnya..sama2 lah kita berusaha membersihkan najis ni dari negara Malaysia tercinta ni..say NO TO DRUGS...
No comments:
Post a Comment