..aku bukan nak berkongsi tentang tema ke..acara ke...perarakan ke...atau apa2 lagi lah cara orang sambut hari yang bersejarah ni...aku cuma sekadar ingin memberi pendapat peribadi tentang insan teragung ini...aku bukannya seorang yang alim atau warak...jauh sekali dari mempunyai ilmu yang tinggi dalam Islam...aku hanya seperti manusia lain yang punya nafsu dan perasaan dan kehidupanku bercampur2 antara betul dan salah...tapi aku sedikit berlainan dari kebanyakan orang bila hendak berbicara tentang sesuatu yang bersangkutan dengan ugama yang aku cintai ini...
...kebanyakan orang akan memperkatakan tentang perkara yang sama.." Apa tema maulud nabi tahun ni ? "..." Siapa dapat anugerah tokoh ugama sempena maulud nabi ni ? "..." Jom kita berarak ramai2 memeriahkan lagi suasana sempena maulud nabi ni.."....dan macam2 lagi lah...perkara2 ni dah menjadi common...dah di jadikan semacam suatu adat...dan bila adat itu dah menjadi budaya..ia akan menjadi sesuatu yang pelik bila orang menafikan tentang perayaan itu....bagi diri aku..aku sering tertanya2 benarkah begitu caranya kita menghayati hari yang cukup indah bagi umat ini...hari di mana tandanya sinar keislaman terpancar di muka bumi ini...hari di mana kita semua mempunyai peluang untuk di selamatkan dari terus jahil di bumi Allah ini...
...siapakah yang benar2 menghayati maksud sebenar Rasulullah S.A.W di utuskan di dunia ini..?...Adakah untuk kita cuma mengadakan majlis2 besar bagi memberi penghargaan kepada sesiapa sahaja sempena hari kelahiran Baginda...atau untuk kita bercampur tanpa mengira jantina berarak ke seluruh bandar dan pekan sambil menyanyi lagu memuji Baginda....takkan setakat itu sahaja..!!!
..Maafkan aku andainya pendapat ku ini salah...ini hanya sekadar pendapat seorang individu sahaja...mungkin hanya untuk diri aku sendiri sahaja menghayatinya...Bagiku Rasullulah S.A.W teramat istimewa...Baginda di utuskan oleh Allah S.W.T untuk memberi kita peringatan tentang siapa diri kita sebenarnya...apa tujuan kita di cipta oleh Allah...semata2 untuk menyembahNya...Rasulullah di utuskan kepada kita di kalangan kita sendiri insan manusia untuk menunjukkan kepada kita cara2 mengEsakan Allah S.W.T...Rasulullah tidak mengejar pangkat dan nama....jauh sekali harta dan kekayaan....telah di takdirkan oleh Allah Taala bahawa KekasihNya ini akan hidup sebagai orang miskin dan susah...penuh dengan kesengsaraan..pengorbanan...darah dan peluh mengalir demi untuk membawa semua umat manusia kembali kepada Allah S.W.T...dan selamat serta dapat masuk syurga Allah selama2nya..
...Rasullulah S.A.W telah meninggalkan kepada kita sunnahnya...yakni cara hidupnya...cara hidup yang paling sempurna yang kalau kita umatnya di akhir zaman ini dapat sedikit sebanyak mengamalnya insyaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat...Rasululah S.A.W telah banyak melakukan pengorbanan demi kita..umatnya yang sangat di sayanginya...tapi apa balasan kita terhadap pengorbanannya..?...Aku memang kurang ilmu agama...yang aku tahu cara yang paling sesuai dan terbaik untuk menghargai kasih sayang Baginda adalah dengan berselawat kepada Baginda sebanyak mungkin dan cuba untuk beramal dengan sunnah Baginda semampu mungkin...Sunnah baginda yang terbesar adalah menjaga Solat kita 5 kali sehari...
..Sempena Hari Kelahiran Baginda kali ini mari lah kita sama2 menghayati dengan lebih mendalam maksud kelahiran Baginda di muka bumi ini...iaitu untuk mengajak semua umat manusia mengtauhidkan hanya tuhan yang Satu iaitu Allah S.W.T dengan cara yang telah di tunjukkan kepada baginda...bukan cara2 lain yang kebanyakannya kita reka sendiri di dunia ini dengan menggunakan tiket demi ugama...sendirilah kita sama2 bermuhasabah tentang diri kita...Tepuk Dada Tanya Iman....!!!
No comments:
Post a Comment