Assalamualaikum,
..hari ni nak share sesuatu yang agak serius sedikit....ye lah...sambil2 berBlog ni apa salahnya nasihat menasihati sesama sendiri kan...kita semua ni manusia yang tak lari dari melakukan kesilapan...sebab tu kena sentiasa di peringatkan...kena pula memang dari jenis pelupa...baru seminit jer dah terlupa apa benda nak buat ni..????
..okay! ni nak cerita masalah di bank..tak kira lah nak keluar duit kat ATM ke atau kat kaunter...ramai orang tak berapa pedulikan langkah2 keselamatan...mungkin sebab kebarangkalian duit di curi kurang atau berita tentang kecurian duit semasa membuat pengeluaran ni kurang maka orang ramai kurang berhati2...tapi yang pastinya perkara ini pernah terjadi dan ramai orang juga sebenarnya yang dah jadi mangsa...jangan terfikir "Ah.!takkan terjadinya kat aku "...anda mungkin silap....anda mungkin mangsa seterusnya....kerana penjenayah yang buat kerja ni cukup licik...dia atau mereka akan sentiasa memerhatikan orang2 yang lalai semasa membuat pengeluaran wang ini..terutamanya dalam jumlah yang banyak...sentiasa lah peka dengan keadaan persekitaran anda...
..di sini aku share sikit tips dan info tentang perkara ni..
Biasanya sebelum berlaku kecurian tu penjenayah ni akan melakukan beberapa perkara ..antara teknik2 yang di gunakan ialah :-
a ) Mengotorkan pakaian kita kemudian menawarkan untuk membersihkannya..
b) Menjatuhkan sesuatu untuk menarik perhatian kita..
..kedua2 teknik ini bertujuan untuk megalihkan perhatian kita dan penjenayah ini akan mengambil peluang untuk mencuri wang kita..
c) Penjenayah juga berkemungkinan memerhatikan kita dan kemudian menghampiri kita dan mendakwa yang kita mencuri wang mereka...selalunya penjenayah ini lebih dari seorang dan kawannya itu akan berpura2 mempertahankan rakan jenayahnya itu..suasana kelam kabut itu akan digunakan mereka untuk merampas wang kita..
d) Jika kita memandu kenderaan ,selalunya penjenayah akan menggunakan helah untuk mengumpan kita keluar dari kenderaan dengan cara memancitkan tayar kenderaan atau melakukan perlanggaran kecil. Semasa berpura2 menolong menukar tayar kenderaan atau berpura2 bertengkar selalunya kawannya akan mengambil peluang untuk mencuru wang di dalam kenderaan....
...Okay!..so apa nak buat kalau perkara ni terjadi kepada kita,,?..ini adalah langkah2 yang perlu di ambil : -
a) Memberitahu pengawal keselamatan jika melihat ada orang yang tidak di kenali cuba menarik perhatian kita dengan menumpahkan bahan2 seperti sos , ais-kerim atau sebagainya ke atas pakaian kita atau menjatuhkan sesuatu seperti wang ke atas lantai..Kita harus menolak jika orang itu menawarkan untuk membersihkan kotoran di pakaian kita atau memalingkan muka kita ke arah perkara yang di lakukan oleh orang yang berkenaan...jangan palingkan muka kita dari wang yang sedang kita keluarkan..tapi harus berhati2 dan sentiasa berwaspada..
b) Kita haruslah peka terhadap orang yang menghampiri kita dan cuba untuk mempengaruhi kita...mereka mungkin cuba untuk menipu dan meragut wang kita secara tiba2..
c) Kunci pintu dan tingkap kenderaan semasa memandu..jika berlaku juga masalah pastikan wang kita berada di tempat yang selamat sebelum keluar dari kenderaan kita..
d) Pastikan tempat atau semasa hendak mengeluarkan wang itu terdapat ramai orang terutamanya semasa hendak mengeluarkan dalam jumlah yang banyak..
e) Pastikan kita berteman semasa hendak mengeluarkan wang...
f) Semasa kita sedang menghampiri atau meninggalkan tempat pengeluaran wang sentiasa lah peka dengan orang2 di sekeliling kita ..mungkin ada yang sedang memerhatikan gerak geri kita..
g) Kalau boleh cuba ubah tempat laluan kita semasa mengeluarkan wang dari masa ke semasa..
h) Kalau boleh gunakan kenderaan yang berbeza semasa mengeluarkan wang..
i) Selepas mengeluarkan wang yang banyak jangan berhenti di sebarang tempat sepanjang perjalanan
j) Jangan mengira jumlah wang yang banayk di tempat awam..
k) Jangan cuba untuk menarik perhatian orang lain semasa membawa wang yang banyak..
l ) Kalu boleh minta bantuan pengawal keselamatan semasa mengeluarkan wang yang banyak..
....Apa pula nak buat andaikata kita menjadi mangsa : -
a) Bertenang..jangan cuba melawan andaikata penjenayah itu bersenjata atau dia lebih kuat dari kita..
b) Cuba catatkan tentang gambaran diri penjenayah itu..raut wajahnya , pakaiannya , tingkah lakunya dan lain2 keadaan fizikalnya..
c) Jika penjenayah itu mempunyai kenderaan cuba catatkan no pendaftaran , warna dan model kenderaan tersebut..
d ) Hubungi polis dengan segera...pergi ke balai polis yang berdekatan...
..Okay...itu saja sedikit sebanyak yang boleh di kongsi semoga info ini dapat kita gunakan seterusnya mengelakkan diri kita dari menjadi mangsa dan dapat mengurangkan kadar jenayah di negara kita ini...yang penting harus di ingat...penjenayah akan melakukan jenayah andai kita memberi ' PELUANG ' kepada mereka...sentiasa lah beringat dan berhati2 selalu....Jaga diri dan harta anda sebaik2nya...
No comments:
Post a Comment