Friday, 10 February 2012

..Kemanusiaan..

Assalamualaikum,
..lama tak update blog ni..letih sikit 3/4 hari ni sebab ada tugasan..ni pun baru habis ni tapi dah relax mandi lah kat rumah ni...nak tulis la apa2 sikit sebelum Landing Time...apasal aku letak tajuk tu kat atas..hmmm ada sangkut paut dengan tugasan yang baru habis aku buat ni...

..pernah dengar tak tentang pelarian Rohingya..?...satu etnik berugama Islam di  Myanmar ( Burma )...aku rasa satu dunia dah tahu penderitaan mereka...kena penindasan oleh junta Myammar...hak2 mereka di rampas..tanah2..pembunuhan..wanita di rogol...dll...akibat dari itu bermula lah pelarian mereka ke sekitar negara2 jiran terutamanya Bangladesh yang berdekatan dengan mereka...

..Malaysia juga tak terkecuali di banjiri oleh pelarian2 ini..aku bukan nak cerita tentang campurtangan politik or whatever..aku just nak berkongsi perasaan tentang pelarian ni...bila aku terlibat secara langsung dalam hal2 pelarian ni macam2 yang bermain di benakku...aku tengok keadaan mereka..dan aku cuba selami apa yang mereka fikirkan walaupun dengan berkeadaan bergari wajah masing2 menunjukkan kesengsaraan..penderitaan mereka..ketabahan mereka...risiko yang mereka sanggup ambil untuk datang walaupun hakikatnya terpaksa bersusah payah menaiki kapal yang entah boleh selamat sampai ataupun tidak...bagi mereka masa depan adalah apa yang akan mereka hadapi keesokan harinya...tak payah berangan jauh2...dalam hati aku berkata walaupun terpaksa di penjarakan di Malaysia ni tapi sekurang2nya mereka dapat makan 6 kali sehari berbanding dengan tempat tumpah darah mereka sendiri...di sana tidak ada lagi masa depan...

..Aku melihat dan sekilas aku terbayang bagaimana agaknya kalau di Malaysia ini juga berkeadaan begitu...kelemahan pentadbiran...kacau bilau...penindasan...mampukah aku menghadapinya bersama2 keluargaku...lalu aku terasa sangat bersyukur di bumi bertuah ini....kehidupan yang aman damai...boleh bergembira bersama keluarga...berjalan2 ke mana2 saja yang kita suka tanpa takut apa2...dan aku terasakasihan kepada mereka2 ini...mereka pasti tidak meminta untuk hidup merempat begitu...tapi di dunia serba moden ini masih ada negara yang kacau bilau...yang belum menghormati sepenuhnya hak2 asasi manusia...

..tapi yang merisaukan adalah tentang siapa kita dan siapa mereka...semuanya sama..kita adalah makhluk ciptaan Allah bernama manusia yang telah Allah berikan nafsu dan perasaan..alangkah baiknya jika pelarian2 ini     sedar tentang keadaan diri mereka dan bersyukur bila di beri layanan baik oleh Malaysia...kerana ada yang seolah2 tak sedar diri itu menumpang...dan okay sikit mula naik kepala...tapi itulah hakikatnya manusia..mudah lupa dan perkara ini sukar untuk di mengertikan..hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui  segala2nya...

..walau apapun cuba kita bertanya kepada diri kita sendiri...di manakah nilai kemanusiaan kita...berapa besarkah nilai itu bila berhadapan dengan sesuatu situasi yang memerlukan kita menggunakan sebaik2nya nilai kemanusiaan kita...nak bersimpati atau nak berkeras supaya tidak naik kepala..?...

No comments: