Friday, 24 February 2012

...lamanya...

Assalamualaikum,
..tengok tajuk saspen jer...yang sebenarnya lama dah tak update blog ni...start daripada line TM kat rumah aku  ni down minggu lepas sampai 5 hari aku tak mengadap pun komputer ni..dah okay line ni aku pun agak sibuk sikit dengan tugas so tak sempat nak tulis apa2...lagipun kekurangan idea juga sekarang ni...jadi blank semacam jer...kalau aku ni penulis novel dah sah la tak berasap dapur..asyik blank jer bila novel nak siap..!!!

...tapi kadang2 bila dah start menaip ni secara tiba2 pulak ada juga benda yang nak di tulis..walaupun tah apa2 yang di tulis..macam tu lah kot ye penulis2 kita berkarya...duduk jer depan tempat atau bahan untuk meluahkan idea tu terus macam air keluar ...entah ler..betul atau tidak aku pun tak tahu...

...apa yang aku merepek ni pun aku tak tahu tapi dah masuk perenggan ke tiga ni...itu cara tak ada idea tu..kalu ada tah macamana lagi aku taip...mau lenguh habis semua jari2 ku...macam lagu la pulak..!!!..Nak cerita apa tah kat sini...mungkin setakat ni dulu kot...saja nak perangat balik enjin...esok kot ada cerita2 lain boleh la di kongsi bersama..jumpa lagi ya.....!!!!

Saturday, 11 February 2012

..Underwater World Langkawi...

Assalamualaikum,
..ingatkan hari ni nak rehat jer sebab dah 4 hari berturut2 kena ulang alik ke Mainland sebab tugasan...tapi camana tah lepas Subuh tadi susah pula nak tidur..so aku ajak family aku keluar breakfast..kat Restoran Aiman dekat Pekan Rabu...aku pekena tosei telur perghhhh....

..lepas makan takkan nak balik kot...dah alang2 keluar terus jalan2 lah...aku main drive jer..on the way tu terfikir pergi Pantai cenang pun okay juga ni..so terus la ke Pantai Cenang...sampai area sana aku masuk parking depan Under Water World tu..anak2 aku dah melompat cakap aku nak bawa masuk Under Water World...ehhh...tak plan pun tapi camana tah spontan jer aku cakap pergi tengok time masuk bila ..?...masing2 berlari tengok kat kaunter tiket tu..." pukul 10 abah..!!! "....aku tengok time baru 9.30 am...ada masa lagi ni...dalam hati pun apa salahnya sekali sekala bawa anak2 jalan2...lagipun aku rasa dah agak lama tak masuk Under Water World...okaylah...bolehlah....sebelum tu kita jalan2 kat tepi pantai dulu...jom!!!

...tepat pukul 10 kami masuk dalam...sebab aku guna i/c Langkawi kami masuk separuh harga saja...okay lah RM 65 untuk 4 dewasa 1 kanak2...apa lagi jom kita masuk tengok apa kat dalam ni...

..ini kat area kaunter tiket tu baru...belum masuk lagi...






..haa tu baru nak mula tu...ular pun ada...letak dalam akuarium kecil ...ada lagi ni...





...tarikan kat Under Water World Langkawi ni...Penguin...ada 2 jenis kat sini...African Penguin & Rock Hopper Penguin...boleh la juga tengok dari dekat Penguin ni...kalau tak tengok kat tv jer lah..












..hidupan merin...cantik kan..?..ada sikit lagi ni...
..sea dragon...and
..sea horse....





..ikan hiasan...pun cantik juga...and last sekali gambar Koi Pond & Otter...


...sebenarnya banyak lagi ikan2 dan hidupan lain kat Under Water World Langkawi ni tapi kalau nak tengok kena datang dan masuk sendiri lah yer...so jangan lupa kalau datang ke Langkawi singgah2 la ke Under Water World Langkawi ni....!!!!


Friday, 10 February 2012

..Kemanusiaan..

Assalamualaikum,
..lama tak update blog ni..letih sikit 3/4 hari ni sebab ada tugasan..ni pun baru habis ni tapi dah relax mandi lah kat rumah ni...nak tulis la apa2 sikit sebelum Landing Time...apasal aku letak tajuk tu kat atas..hmmm ada sangkut paut dengan tugasan yang baru habis aku buat ni...

..pernah dengar tak tentang pelarian Rohingya..?...satu etnik berugama Islam di  Myanmar ( Burma )...aku rasa satu dunia dah tahu penderitaan mereka...kena penindasan oleh junta Myammar...hak2 mereka di rampas..tanah2..pembunuhan..wanita di rogol...dll...akibat dari itu bermula lah pelarian mereka ke sekitar negara2 jiran terutamanya Bangladesh yang berdekatan dengan mereka...

..Malaysia juga tak terkecuali di banjiri oleh pelarian2 ini..aku bukan nak cerita tentang campurtangan politik or whatever..aku just nak berkongsi perasaan tentang pelarian ni...bila aku terlibat secara langsung dalam hal2 pelarian ni macam2 yang bermain di benakku...aku tengok keadaan mereka..dan aku cuba selami apa yang mereka fikirkan walaupun dengan berkeadaan bergari wajah masing2 menunjukkan kesengsaraan..penderitaan mereka..ketabahan mereka...risiko yang mereka sanggup ambil untuk datang walaupun hakikatnya terpaksa bersusah payah menaiki kapal yang entah boleh selamat sampai ataupun tidak...bagi mereka masa depan adalah apa yang akan mereka hadapi keesokan harinya...tak payah berangan jauh2...dalam hati aku berkata walaupun terpaksa di penjarakan di Malaysia ni tapi sekurang2nya mereka dapat makan 6 kali sehari berbanding dengan tempat tumpah darah mereka sendiri...di sana tidak ada lagi masa depan...

..Aku melihat dan sekilas aku terbayang bagaimana agaknya kalau di Malaysia ini juga berkeadaan begitu...kelemahan pentadbiran...kacau bilau...penindasan...mampukah aku menghadapinya bersama2 keluargaku...lalu aku terasa sangat bersyukur di bumi bertuah ini....kehidupan yang aman damai...boleh bergembira bersama keluarga...berjalan2 ke mana2 saja yang kita suka tanpa takut apa2...dan aku terasakasihan kepada mereka2 ini...mereka pasti tidak meminta untuk hidup merempat begitu...tapi di dunia serba moden ini masih ada negara yang kacau bilau...yang belum menghormati sepenuhnya hak2 asasi manusia...

..tapi yang merisaukan adalah tentang siapa kita dan siapa mereka...semuanya sama..kita adalah makhluk ciptaan Allah bernama manusia yang telah Allah berikan nafsu dan perasaan..alangkah baiknya jika pelarian2 ini     sedar tentang keadaan diri mereka dan bersyukur bila di beri layanan baik oleh Malaysia...kerana ada yang seolah2 tak sedar diri itu menumpang...dan okay sikit mula naik kepala...tapi itulah hakikatnya manusia..mudah lupa dan perkara ini sukar untuk di mengertikan..hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui  segala2nya...

..walau apapun cuba kita bertanya kepada diri kita sendiri...di manakah nilai kemanusiaan kita...berapa besarkah nilai itu bila berhadapan dengan sesuatu situasi yang memerlukan kita menggunakan sebaik2nya nilai kemanusiaan kita...nak bersimpati atau nak berkeras supaya tidak naik kepala..?...

Sunday, 5 February 2012

...Muhammad S.A.W..

Assalamualaikum,
..hari ni 5hb februari 2012...biasa je kan...tapi bulan Islam 12 Rabiulawal...hari kelahiran seorang insan yang tersangat mulia di muka bumi ini..Nabi Muhammad S.A.W...dan setiap tahun seluruh umat Islam di dunia menyambut Maulidurrasul ni...

..aku bukan nak berkongsi tentang tema ke..acara ke...perarakan ke...atau apa2 lagi lah cara orang sambut hari yang bersejarah ni...aku cuma sekadar ingin memberi pendapat peribadi tentang insan teragung ini...aku bukannya seorang yang alim atau warak...jauh sekali dari mempunyai ilmu yang tinggi dalam Islam...aku hanya seperti manusia lain yang punya nafsu dan perasaan dan kehidupanku bercampur2 antara betul dan salah...tapi aku sedikit berlainan dari kebanyakan orang bila hendak berbicara tentang sesuatu yang bersangkutan dengan ugama yang aku cintai ini...

...kebanyakan orang akan memperkatakan tentang perkara yang sama.." Apa tema maulud nabi tahun ni ? "..." Siapa dapat anugerah tokoh ugama sempena maulud nabi ni ? "..." Jom kita berarak ramai2 memeriahkan lagi suasana sempena maulud nabi ni.."....dan macam2 lagi lah...perkara2 ni dah menjadi common...dah di jadikan semacam suatu adat...dan bila adat itu dah menjadi budaya..ia akan menjadi sesuatu yang pelik bila orang menafikan tentang perayaan itu....bagi diri aku..aku sering tertanya2 benarkah begitu caranya kita menghayati hari yang cukup indah bagi umat ini...hari di mana tandanya sinar keislaman terpancar di muka bumi ini...hari di mana kita semua mempunyai peluang untuk di selamatkan dari terus jahil di bumi Allah ini...

...siapakah yang benar2 menghayati maksud sebenar Rasulullah S.A.W di utuskan di dunia ini..?...Adakah untuk kita cuma mengadakan majlis2 besar bagi memberi penghargaan kepada sesiapa sahaja sempena hari kelahiran Baginda...atau untuk kita bercampur tanpa mengira jantina berarak ke seluruh bandar dan pekan sambil menyanyi lagu memuji Baginda....takkan setakat itu sahaja..!!!

..Maafkan aku andainya pendapat ku ini salah...ini hanya sekadar pendapat seorang individu sahaja...mungkin hanya untuk diri aku sendiri sahaja menghayatinya...Bagiku Rasullulah S.A.W teramat istimewa...Baginda di utuskan oleh Allah S.W.T untuk memberi kita peringatan tentang siapa diri kita sebenarnya...apa tujuan kita di cipta oleh Allah...semata2 untuk menyembahNya...Rasulullah di utuskan kepada kita di kalangan kita sendiri insan manusia untuk menunjukkan kepada kita cara2 mengEsakan Allah S.W.T...Rasulullah tidak mengejar pangkat dan nama....jauh sekali harta dan kekayaan....telah di takdirkan oleh Allah Taala bahawa KekasihNya ini akan hidup sebagai orang miskin dan susah...penuh dengan kesengsaraan..pengorbanan...darah dan peluh mengalir demi untuk membawa semua umat manusia kembali kepada Allah S.W.T...dan selamat serta dapat masuk syurga Allah selama2nya..

...Rasullulah S.A.W telah meninggalkan kepada kita sunnahnya...yakni cara hidupnya...cara hidup yang paling sempurna yang kalau kita umatnya di akhir zaman ini dapat sedikit sebanyak mengamalnya insyaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat...Rasululah S.A.W telah banyak melakukan pengorbanan demi kita..umatnya yang sangat di sayanginya...tapi apa balasan kita terhadap pengorbanannya..?...Aku memang kurang ilmu agama...yang aku tahu cara yang paling sesuai dan terbaik untuk menghargai kasih sayang Baginda adalah dengan berselawat kepada Baginda sebanyak mungkin dan cuba untuk beramal dengan sunnah Baginda semampu mungkin...Sunnah baginda yang terbesar adalah menjaga Solat kita 5 kali sehari...

..Sempena Hari Kelahiran Baginda kali ini mari lah kita sama2 menghayati dengan lebih mendalam maksud kelahiran Baginda di muka bumi ini...iaitu untuk mengajak semua umat manusia mengtauhidkan hanya tuhan yang Satu iaitu Allah S.W.T dengan cara yang telah di tunjukkan kepada baginda...bukan cara2 lain yang kebanyakannya kita reka sendiri di dunia ini dengan menggunakan tiket demi ugama...sendirilah kita sama2 bermuhasabah tentang diri kita...Tepuk Dada Tanya Iman....!!!




Saturday, 4 February 2012

...Berhati2 Semasa Mengeluarkan Wang..

Assalamualaikum,
..hari ni nak share sesuatu yang agak serius sedikit....ye lah...sambil2 berBlog ni apa salahnya nasihat menasihati sesama sendiri kan...kita semua ni manusia yang tak lari dari melakukan kesilapan...sebab tu kena sentiasa di peringatkan...kena pula memang dari jenis pelupa...baru seminit jer dah terlupa apa benda nak buat ni..????

..okay! ni nak cerita masalah di bank..tak kira lah nak keluar duit kat ATM ke atau kat kaunter...ramai orang tak berapa pedulikan langkah2 keselamatan...mungkin sebab kebarangkalian duit di curi kurang atau berita tentang kecurian duit semasa membuat pengeluaran ni kurang maka orang ramai kurang berhati2...tapi yang pastinya perkara ini pernah terjadi dan ramai orang juga sebenarnya yang dah jadi mangsa...jangan terfikir "Ah.!takkan terjadinya kat aku "...anda mungkin silap....anda mungkin mangsa seterusnya....kerana penjenayah yang buat kerja ni cukup licik...dia atau mereka akan sentiasa memerhatikan orang2 yang lalai semasa membuat pengeluaran wang ini..terutamanya dalam jumlah yang banyak...sentiasa lah peka dengan keadaan persekitaran anda...

..di sini aku share sikit tips dan info tentang perkara ni..
 Biasanya sebelum berlaku kecurian tu penjenayah ni akan melakukan beberapa perkara ..antara teknik2 yang di gunakan ialah :-
a ) Mengotorkan pakaian kita kemudian menawarkan untuk membersihkannya..
b) Menjatuhkan sesuatu untuk menarik perhatian kita..
..kedua2 teknik ini bertujuan untuk megalihkan perhatian kita dan penjenayah ini akan mengambil peluang untuk mencuri wang kita..
c) Penjenayah juga berkemungkinan memerhatikan kita dan kemudian menghampiri kita dan mendakwa yang kita mencuri wang mereka...selalunya penjenayah ini lebih dari seorang dan kawannya itu akan berpura2 mempertahankan rakan jenayahnya itu..suasana kelam kabut itu akan digunakan mereka untuk merampas wang kita..
d) Jika kita memandu kenderaan ,selalunya penjenayah akan menggunakan helah untuk mengumpan kita keluar dari kenderaan dengan cara memancitkan tayar kenderaan atau melakukan perlanggaran kecil. Semasa berpura2 menolong menukar tayar kenderaan atau berpura2 bertengkar selalunya kawannya akan mengambil peluang untuk mencuru wang di dalam kenderaan....

...Okay!..so apa nak buat kalau perkara ni terjadi kepada kita,,?..ini adalah langkah2 yang perlu di ambil : -
a) Memberitahu pengawal keselamatan jika melihat ada orang yang tidak di kenali cuba menarik perhatian kita dengan menumpahkan bahan2 seperti sos , ais-kerim atau sebagainya ke atas pakaian kita atau menjatuhkan sesuatu seperti wang ke atas lantai..Kita harus menolak jika orang itu menawarkan untuk membersihkan kotoran di pakaian kita atau memalingkan muka kita ke arah perkara yang di lakukan oleh orang yang berkenaan...jangan palingkan muka kita dari wang yang sedang kita keluarkan..tapi harus berhati2 dan sentiasa berwaspada..
b) Kita haruslah peka terhadap orang yang menghampiri kita dan cuba untuk mempengaruhi kita...mereka mungkin cuba untuk menipu dan meragut wang kita secara tiba2..
c) Kunci pintu dan tingkap kenderaan semasa memandu..jika berlaku juga masalah pastikan wang kita berada di tempat yang selamat sebelum keluar dari kenderaan kita..
d) Pastikan tempat atau semasa hendak mengeluarkan wang itu terdapat ramai orang terutamanya semasa hendak mengeluarkan dalam jumlah yang banyak..
e) Pastikan kita berteman semasa hendak mengeluarkan wang...
f) Semasa kita sedang menghampiri atau  meninggalkan tempat pengeluaran wang sentiasa lah peka dengan orang2 di sekeliling kita ..mungkin ada yang sedang memerhatikan gerak geri kita..
g) Kalau boleh cuba ubah tempat laluan kita semasa mengeluarkan wang dari masa ke semasa..
h) Kalau boleh gunakan kenderaan yang berbeza semasa mengeluarkan wang..
i) Selepas mengeluarkan wang yang banyak jangan berhenti di sebarang tempat sepanjang perjalanan
j) Jangan mengira jumlah wang yang banayk di tempat awam..
k) Jangan cuba untuk menarik perhatian orang lain semasa membawa wang yang banyak..
l ) Kalu boleh minta bantuan pengawal keselamatan semasa mengeluarkan wang yang banyak..

....Apa pula nak buat andaikata kita menjadi mangsa : -
a) Bertenang..jangan cuba melawan andaikata penjenayah itu bersenjata atau dia lebih kuat dari kita..
b) Cuba catatkan tentang gambaran diri penjenayah itu..raut wajahnya , pakaiannya , tingkah lakunya dan lain2 keadaan fizikalnya..
c) Jika penjenayah itu mempunyai kenderaan cuba catatkan no pendaftaran , warna dan model kenderaan tersebut..
d ) Hubungi polis dengan segera...pergi ke balai polis yang berdekatan...

..Okay...itu saja sedikit sebanyak yang boleh di kongsi semoga info ini dapat kita gunakan seterusnya mengelakkan diri kita dari menjadi mangsa dan dapat mengurangkan kadar jenayah di negara kita ini...yang penting harus di ingat...penjenayah akan melakukan jenayah andai kita memberi ' PELUANG ' kepada mereka...sentiasa lah beringat dan berhati2 selalu....Jaga diri dan harta anda sebaik2nya...


Wednesday, 1 February 2012

...Februari...

Assalamualaikum,
...pejam celik..pejam celik dah masuk bulan februari...cepatnya masa berlalu...rasanya baru jer aku pergi pantau tembakan bunga api kat Sheraton langkawi masa New Year ..tengok2 dah cukup sebulan dah di tahun 2012...tinggal 11 bulan lagi...tak lama tu sekejap jer..sedar2 dah masuk tahun baru....bagaimana lah dengan azam2 yang di buat pada tahun ni...berapa orang dah start berbuat sesuatu untuk mencapai azam mereka...atau pun masih ada yang tak sedar lagi bulan Januari 2012 dah berlalu...he..he...

...mungkin sebab dah dewasa ni yang cepat terasa masa tu berlalu dengan pantas...sebab dah pandai nak kira bulan..kira hari...kira tahun....masa kecil2 dulu tak terasa apa2 pun...sebab tak perlu nak fikir panjang2...yang tau bangun tidur...pergi sekolah...balik sekolah makan..pastu keluar main...petang balik rumah..mandi..makan..tidur balik....tak ada masalah pun...kalau nak ada masalah pun time tu cuma masalah nak buat homework lah...kalau tak buat esok kat sekolah siap lah kena rotan ...itu je lah agaknya masalah budak2...

..tapi dah dewasa ni macam2 fikir...tanggungjawab kerja lah...tanggungjawab kat keluarga lah...kawan2 lagi...kadang2 rasa macam 24 jam sehari tak cukup....sedar2 pukul 2 pagi pun tak tidur lagi...itu lah masalah jadi orang dewasa ni...masa dah semakin suntuk...maklumlah makin hari makin dekat nak ' Pulang '...takut ..risau..semua ada...dah ready ke...preparation macamana..?...cukup ke bekalan nak bawa balik ni..?..itu yang sedar2 dah nak masuk bulan Ramadhan dah.....penyesalan Ramadhan tahun lepas pun tak habis lagi sebab Terawih tak cukup...

..itu lah kan...masa tak tunggu kita...kita yang kena kejar masa...tapi kadang2 terasa juga yang masa ni mempermainkan kita...time nak tunggu gaji terasa lambat lah sangat masa ni...tapi time tengok bil Astro dah nak due cepat la pulak masa berjalan...extend sikit tak boleh ke..?..apa2 pun semua ni di bawah kawalan kita sebenarnya kalau kita pandai membahagikan masa...1/3 untuk kerja...1/3 untuk family...1/3 untuk rehat...boleh ke?..figure sendiri lah ye..Good Luck..!!!!!!!