Assalamualaikum,
....kadang2 di kala umur yang sebegini aku terfikir sehingga bila aku masih nak berkhayal lagi dengan permainan dunia ni...aku sedar dan aku tahu semua ni tipudaya ..hanya main2 dan senda gurau sahaja...pejam celik makin nak dekat dengan tanah perkuburan...bekalan yang ada tak berapa nak menjaminkan lagi rasanya...hairan..!..kenapa susah sangat nak berubah..?...kenapa susah sangat nak redha dengan apa yang ada...masih lagi nak mencari2...nak mengejar dunia yang akan di tinggalkan...sepatutnya tumpu kepada apa yang nak di bawa...kenapa..ya..?
...mungkin kerana kelemahan iman ini...tak terdaya nak melawan nafsu....nafsu yang inginkan macam2...nafsu yang hanya mahu kepada keseronokan...akhirnya di penghujung akan keciwa juga...akan di permainkan juga oleh nafsu...kelemahan diri yang sangat ketara...kenapa manusia susah untuk melawan nafsu ini...walau sekuat mana kesedaran akhirnya tertewas juga dengan pujukan nafsu syaitan....
....lebih2 lagi bila cakap bab duit...ini lagi sensitif...perbahasan tentang duit ni sampai hari kiamat pun tak habis...yang mana meletakkan dunia di hadapan akan tetap cakap duit penting dari segala-galanya..tapi yang meletakkan akhirat di hadapan akan mengatakan...kalau tak ada duit kita puasa lah...!..tapi berapa orang yang sanggup hidup zuhud sebegini di zaman yang kononnya moden ini...hakikatnya ini adalah pengakhiran zaman...ramai yang tak mahu mengaku tentang hakikat itu...seolah2 dapat hidup selama2nya di dunia ini...maka manusia sentiasa sibuk berlumba2 mencari duit...entah untuk apa sebenarnya...aku sendiri pun tak faham...tak mungkin untuk membuat kajian terhadap orang lain kerana Allah Taala mencipta setiap manusia dengan karekter tersendiri...Maha Suci Allah..!....tapi aku lebih mengenali diriku sendiri dari orang lain...aku tahu apa yang aku fikirkan..aku tahu apa yang aku mahu..dan aku tahu setakat mana kebatasan aku....tak di nafikan aku sendiri sesekali bercita2 untuk menjadi orang yang mempunyai duit yang banyak tetapi dalam angan ku itu kelebihan memiliki duit yang banyak hanya untuk menghabiskannya ke atas perkara2 yang langsung tidak penting untuk akhirat ku...maka ini sering aku terfikir..begini lah agaknya bila dah ada duit yang banyak..semakin lupa daratan..semakin jauh daripada landasan sebenarnya...dan tiba2 aku menjadi hamba yang bersyukur dengan apa yang di anugerahkan kepadaku selama ini....
...tidak aku nafikan ramai juga orang2 kaya di luar sana yang baik dan bijak membelanjakan hartanya mengikut landasan ugama yang betul..banyak bersedekah...membantu fakir miskin..dan melakukan perkara2 yang di galakkan oleh ugama...dan aku ingin menjadi seperti itu..dengan wang yang ada aku dapat membantu orang2 yang di dalam kesusahan..kerana di dalam harta kita itu adalah sebahagian darinya hak saudara2 kita...tetapi ketentuan dariNya hanya Dia sahaja yang tahu...dan aku harus belajar untuk REDHA dengan apa yang ada pada ku...apa yang telah di berikan padaku dan di masa akan datang sehingga lah akhir hayat ku...Ya Allah...jadikanlah hambaMu ini seorang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat2 Mu...jangan jadikan aku seorang yang terlalu mengejar keduniaan ini...buka lah pintu hatiku..berikanlah hidayatMu padaku....kepadaMu lah aku meminta dan kepadaMu lah aku berserah....!!!
No comments:
Post a Comment