Assalamualaikum,
...aduhhh lamanya tak jenguk blog...last post time anniversary...makin malas jadinya...entah ler...actually banyak aktiviti yang di buat..especially time cuti sekolah ni...nanti lah..kena susun dulu gambar2 dalam tab baru boleh letak kat sini...
...time cuti sekolah pendek ni sekali lagi Langkawi penuh dengan pelancung..boleh nampak beza dengan jumlah kereta yang banyak di jalanraya...kat pekan Kuah terutamanya depan TSH boleh jem kat situ...pening juga seketika..aku ni kat Langkawi ka KL...tapi camtu lah hakikatnya...bila masa lagi orang nak berjalan makan angin..time ni lah...
...cuma yang frust sikit dengan harga makanan...tempiasnya kat orang tempatan la..sama jugak kena harga kaw2...bukan setakat area Cenang jer ...dah merebak sampai ke Kuah...hairan juga aku...melambung sangat kah harga bahan mentah sampai nak kena harga tinggi2 atau memang dah standard Langkawi macam tu...Pulau Pelancungan katakan so pelancung2 mesti banyak duit sebab boleh berjalan makan angin..hmmm betul ke mentaliti camtu..?...Kesian kat Pelancung domestik macam aku...nak juga bawa isteri & anak2 berjalan..time ni lah juga boleh bawa pun sebab time lain anak2 pun sekolah juga...mungkin aku terasa makanan dah mahal sebab aku jarang2 bawa family makan kat luar...sekali kena harga camtu terkejut juga..mungkin bagi orang2 yang dah biasa perkara tu remeh jer..entah le..masing2 punya pendapat lah kan...walau apapun tak dinafikan masih ada kedai2 yang jual makanan dengan harga yang reasonable cuma kita kena pandai cari lah...
...Anyway..tetap enjoy time cuti sekolah ni dan semoga Malaysia kekal aman dan makmur supaya semua rakyat dapat menikmati keindahan tempat2 pelancungan di Malaysia...
Peluang Ke 2..hanyalah inspirasi semangatku untuk meneruskan kembali perjalanan hidupku...mungkin aku di sini hanya untuk berkongsi apa saja yang tercetus di minda ku buat tatapan sesiapa sahaja yang sudi untuk membacanya...sebagai wadah untuk menenangkan fikiran..InsyaAllah!!!
Saturday, 17 March 2012
Friday, 9 March 2012
Happy Anniversary...
Assalamualaikum,
...sekali sekala masuk Blog sebab ada peristiwa tertentu jer...bukannya malas tapi tak sempat....nak boleh online pun kadang2 tak sampai sejam...banyak kerja lain nak buat...so aku ambil kesempatan la tulis apa2 kat sini sempena Anniversary aku & isteri aku yang ke 17 ni...
...Ayang..sekejap sahaja masa berlalu...usia perkahwinan kita sudah menjangkau 17 tahun...sudah terlalu banyak dugaan dan cabaran yang telah kita tempuhi...ada yang benar2 mencabar keutuhan rumahtangga kita namun berkat doa dan kesabaran Allah masih memelihara ikatan yang telah di satukanNya ini..Abang percaya sikap saling memaafi dan bertolak ansur adalah perkara penting yang menyebabkan rumahtangga kita masih utuh hingga kini..kita sama2 pernah melakukan kesilapan..kecil dan besar...marilah kita lupakan kesilapan2 yang lalu itu dan bersama kita harungi hidup ini sehingga ke akhir hayat kita...semoga Allah tetap merestui ikatan rumahtangga kita ini...
..Ayang..terima kasih kerana menerima Abang dahulu dan terima kasih kerana masih lagi bersama Abang sehingga hari ini..terima kasih juga kerana memberi Abang anak2..zuriat penyeri rumahtangga kita...dan terima kasih kerana menjaga makan minum..sakit demam Abang...terima kasih atas segala pengorbanan ayang kepada Abang..
...Selamat Ulangtahun Perkahwinan Kita Yang Ke 17..Abang Sentisa Menyayangi , Mengasihi , Dan Mencintai Ayang Sampai Bila2...I Love U.....!!!

Saturday, 3 March 2012
..Redha...
Assalamualaikum,
....kadang2 di kala umur yang sebegini aku terfikir sehingga bila aku masih nak berkhayal lagi dengan permainan dunia ni...aku sedar dan aku tahu semua ni tipudaya ..hanya main2 dan senda gurau sahaja...pejam celik makin nak dekat dengan tanah perkuburan...bekalan yang ada tak berapa nak menjaminkan lagi rasanya...hairan..!..kenapa susah sangat nak berubah..?...kenapa susah sangat nak redha dengan apa yang ada...masih lagi nak mencari2...nak mengejar dunia yang akan di tinggalkan...sepatutnya tumpu kepada apa yang nak di bawa...kenapa..ya..?
...mungkin kerana kelemahan iman ini...tak terdaya nak melawan nafsu....nafsu yang inginkan macam2...nafsu yang hanya mahu kepada keseronokan...akhirnya di penghujung akan keciwa juga...akan di permainkan juga oleh nafsu...kelemahan diri yang sangat ketara...kenapa manusia susah untuk melawan nafsu ini...walau sekuat mana kesedaran akhirnya tertewas juga dengan pujukan nafsu syaitan....
....lebih2 lagi bila cakap bab duit...ini lagi sensitif...perbahasan tentang duit ni sampai hari kiamat pun tak habis...yang mana meletakkan dunia di hadapan akan tetap cakap duit penting dari segala-galanya..tapi yang meletakkan akhirat di hadapan akan mengatakan...kalau tak ada duit kita puasa lah...!..tapi berapa orang yang sanggup hidup zuhud sebegini di zaman yang kononnya moden ini...hakikatnya ini adalah pengakhiran zaman...ramai yang tak mahu mengaku tentang hakikat itu...seolah2 dapat hidup selama2nya di dunia ini...maka manusia sentiasa sibuk berlumba2 mencari duit...entah untuk apa sebenarnya...aku sendiri pun tak faham...tak mungkin untuk membuat kajian terhadap orang lain kerana Allah Taala mencipta setiap manusia dengan karekter tersendiri...Maha Suci Allah..!....tapi aku lebih mengenali diriku sendiri dari orang lain...aku tahu apa yang aku fikirkan..aku tahu apa yang aku mahu..dan aku tahu setakat mana kebatasan aku....tak di nafikan aku sendiri sesekali bercita2 untuk menjadi orang yang mempunyai duit yang banyak tetapi dalam angan ku itu kelebihan memiliki duit yang banyak hanya untuk menghabiskannya ke atas perkara2 yang langsung tidak penting untuk akhirat ku...maka ini sering aku terfikir..begini lah agaknya bila dah ada duit yang banyak..semakin lupa daratan..semakin jauh daripada landasan sebenarnya...dan tiba2 aku menjadi hamba yang bersyukur dengan apa yang di anugerahkan kepadaku selama ini....
...tidak aku nafikan ramai juga orang2 kaya di luar sana yang baik dan bijak membelanjakan hartanya mengikut landasan ugama yang betul..banyak bersedekah...membantu fakir miskin..dan melakukan perkara2 yang di galakkan oleh ugama...dan aku ingin menjadi seperti itu..dengan wang yang ada aku dapat membantu orang2 yang di dalam kesusahan..kerana di dalam harta kita itu adalah sebahagian darinya hak saudara2 kita...tetapi ketentuan dariNya hanya Dia sahaja yang tahu...dan aku harus belajar untuk REDHA dengan apa yang ada pada ku...apa yang telah di berikan padaku dan di masa akan datang sehingga lah akhir hayat ku...Ya Allah...jadikanlah hambaMu ini seorang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat2 Mu...jangan jadikan aku seorang yang terlalu mengejar keduniaan ini...buka lah pintu hatiku..berikanlah hidayatMu padaku....kepadaMu lah aku meminta dan kepadaMu lah aku berserah....!!!

Friday, 2 March 2012
..2nd Of March 2012...
Assalamualaikum,
..sebenarnya tak ada apa sangat nak ditulis...entah lah kenapa sekarang ni rasa malas sangat...duduk depan pc pun cuma masuk FB...tengok apa orang tulis..jenguk2 kat group....tengok ada isu menarik tak...kalau tak tau nak buat apa aku tengok You Tube jer lah...
..tengok tajuk kat atas tu cam suspen jer..tak ada apa lah..just hari ni birthday anak sulung aku...dah tak tahu nak tulis apa so aku wish akat sini ajer lah..ambil kesempatan...
..Kakak...Selamat Hari Jadi dari Abah....pejam celik...pejam celik..kakak dah 16 tahun...masih teringat lagi Abah masa kakak kecil2 dulu...of course la..kakak kan anak pertama Abah & Umie..kehadiran kakak dalam kehidupan kami adalah penyeri mahligai yang kami bina...Abah teruja sungguh masa menunggu kakak lahir kat dunia ni...masa Umie dah masuk Labour room Abah kat luar menunggu ..aduhh..tak dapat di gambarkan perasaan...tak sangka Abah akan mempunyai seorang anak hari tu...apa Abah nak buat..?...tapi Abah tak takut dan Abah bersedia nak menghadapi cabaran membesarkan anak ni...sementara menunggu Umie kat luar wad bersalin tu Abah sentiasa berdoa dan membaca apa2 saja ayat Al-Quran yang terlintas di fikiran Abah..semoga Umie dan bakal anak Abah selamat nanti...
...Kalau kakak nak tahu sebenarnya kami ingat nak dapat anak lelaki sebab perut Umie besar masa mengandung kat kakak..kami tak scan pun untuk tengok jantina...bagi Abah apa yang Allah kurniakan kat Abah...Abah akan redha....sebab tu masa Abah jenguk tengok kat katil Umie dan nampak Umie dah keluar dari Labour Room..Abah tanya anak apa..?..Umie jawab perempuan...terkejut dan gembira sangat Abah...Abah dah ada zuriat..Alhamdulillah..!!!...walaupun Abah tak pernah buat tapi Abah azan dan iqamat sendiri kat telinga kakak...Abah tak nak orang lain tolong azankan...Abah lah orang paling gembira sekali hari tu...
..sekarang ni kakak dah besar...Abah masih lagi seperti dulu...bangga dan gembira sebab ada anak macam kakak...jadi lah insan yang baik dan berguna nanti..pesan Abah jangan sekali2 kita lupakan diri kita ini..sentiasalah beringat yang kita adalah hamba Allah...segala yang kita kecapi hari ini adalah anugerah nikmat dariNya...Abah hanya inginkan kakak jadi seorang insan yang baik dan sentiasa ceria selalu....
..Selamat hari jadi sekali lagi dari Abah...Abah sentiasa menyayangi kakak....

Subscribe to:
Posts (Atom)